Pada pagi 6 September 2007 kira-kira jam 08:15 pagi, sedang asyik melayan likcacing.jpgu-liku di Jalan Ledang, tiba-tiba skuterku rasa membuai semacam. Terus aku perlahankan skuterku dan berhenti bersebelahan pagar Bangunan Parlimen. Tengok tayar dah meleper. Angin dah habis. Sekali diperiksa ada kesan paku tercabut. Mungkin kena paku semalam tetapi mungkin ia tercabut semasa aku langgar bonggol.

Cuba SMS dan telefon rakan-rakan tetapi gagal mendapat bantuan. Radio 2m terpasang elegan.jpgdan ada rakan QSO cuba break-in, Alhamdulillah ada rakan menyambut tetapi laluan tak sama. Tiba-tiba 9W2SF break-in dan memanggil saya dan akan datang res-Q saya dengan bawa pam. Kit tampal tayar (cacing) saya ada tetapi pam angin yang tiada. Bila diperiksa lagi rupanya ada lagi paku yang melekat, saya cabut dan sumbat lagi dengan cacing.. (saya berdoa kepada Allah agar orang yang menabur paku di lebuhraya menjadi orang kaya yang dermawan)

jln_ledang.jpg Pak Syed pun sampai seperti yang diharapkan… alamak, pam tak ada kepala pula… sekali lagi Pak Syed terpaksa ke Jalan Ipoh untuk tolong belikan Pam Angin, satu untuk aku, satu untuk dia. Setelah angin diisi, kami pun bergerak ke Kantin JKR atas bukit round table. Pak Syed kena nasi, saya kena Roti Arab sempena ditolong oleh orang arab…

Jazakallah 9W2SF.