Majlis Berbuka Puasa MARES pada 29 September 2007

Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Rumah Kelab Mares pada Hari Sabtu 29 September 2007 yang lalu. Ramai Ahli Kelab dan warga radio amatur yang turut menjayakan majlis tersebut.

Juadah-juadah untuk berbuka puasa disediakan oleh ahli-ahli sendiri secara “Pot Luck” dan macam-macam menu telah dibawa.



Acara bermula dengan Majlis Berbuka Puasa apabila telah masuk waktu Maghrib bagi Daerah Petaling Jaya. Selepas berbuka puasa, Solat Maghrib berjemaah didirikan dan diikuti dengan acara Tazkirah Ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Zubir (9W2ZBR) daripada JAKIM. Apabila telah masuk waktu Isyak, Solat Isyak berjemaah didirikan dan diikuti dengan Solat Tarawih dan Witir. Apabila selesai Solat Witir, maka disambung pula dengan jamuan Moreh.



Dalam pada itu ada juga rakan-rakan yang bertungkus lumus memasang “Cavity Duplexer” yang baru dibeli. Ada juga rakan yang asyik dengan aktiviti DXing melalui HF.



Gambar-gambar suasana majlis tersebut boleh didapati di SINI
Filed under: Amateur Radio, CB