Shah Alam 27 Januari 2008 – Satu Seminar Komunikasi Kecemasan untuk ahli-ahli Emergency Rescue Club (ERC – UiTM) yang terdiri dari para pelajar UiTM Pulau Pinang telah diadakan selama 2 hari pada 26 – 27 Januari yang lalu di Kampus UiTM Puncak Perdana.

Para peserta telah didedahkan dengan Asas Ilmu radio dan peranan Radio Amatur semasa komunikasi sewaktu kecemasan. Beberapa orang Ahli Kelab MARES telah memberikan Taklimat, Ceramah dan Demonstrasi yang diketuai oleh En Bujang (9W2BBA) dan dibantu oleh 9W2WF, 9M2SQL, 9W2PRS dan beberapa orang lagi. Foto ada di  SINI