August 2008


29 Ogos 2008,

Allahyarham Pak Dollah 9M2DS s.k. telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Batu selepas solat Jumaat. Jenazah telah dimandi dan dikafan di Masjid Jamek Batu 5, Jalan Ipoh. Setelah solat Jumaat para jemaah telah menunaikan Solat Jenazah.

Perjalanan seterusnya…. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Foto-foto lain di sini http://picasaweb.google.com/samdol.pas/MengiringiJenazah9M2DS

Pada jam 7.00 petang 28 Ogos 2008, Pak Dollah atau dikenali sebagai 9 Mike 2 Dondang Sayang telah meninggalkan kita semua….


Tak sangka ini adalah Eyeball terakhir kita Pak Dollah… Terima Kasih atas Azimat yang Pak Dollah beri tu… akan kuamal dan kusimpan ke akhir hayat…

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang menghadap yang Maha Esa…