
Puisi untuk 9M2GL (Allahyarham)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau
Dah-dit-dah-dit-dah
Bicaranya agak perlahan
Jelas tetapi tegas
Kata tutur terselit ilmu
Gerak lidah dijalin nasihat
Dah-dit-dah-dit-dah
Good morning to all stations
Pembuka kata bicara pagi
Antenna SWR bualan teknikal
Pesan memesan etika on-the-air
Tiba waktu dua belas tengahari
Seventy three cheerio bye-bye
Dah-dit-dah-dit-dah
Sembilan malam ditunggu menjelma
Any station jika ada urgent traffic
Silakan nine-mike-two-golf-lima standing by
Mengisi malam ilmu CW
Tanpa lokek tanpa balasan
Ikhlas hati budi terhutang

Dah-dit-dah-dit-dah
Tiada kata menggalas ganti
Penghargaan terima kasih dari kami
Anak didik Tuan Haji
Kehilangan besar kokosongan di hati
Bagai tersentap akar umbi
Penuh redha rela pergi
Diiringi doa kasih hati
Dah-dah-dit-dit-dit,dit-dit-dit-dah-dah,
Dit-dit-dit, dah-dit
ALL THE BEST!
Al-Fatihah
Nukilan 9W2FD Azizul
January 9, 2008 at 8:21 pm
Terima kasih kerana mengarang sebuah puisi yang indah untuk allahyarham bapa saya. Izni B. Hj Idris
January 14, 2008 at 8:52 am
Kehilangannya masih dirasai tapi semangatnya terus mendidik kami