Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Belum terlambat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua kenalan.

Pejam celik, pejam celik dah habis Puasa,

Pejam celik, pejam celik raya pun dah separuh bulan,

Sebelum Pejam tak celik-celik..Ampun maaf dipinta dari saya dan keluarga jika ada perbuatan, tuturkata, tingkahlaku yang tidak enak juga halalkan makan minum. Kalau ada terhutang, sila tagih segera.

Bertemu Kembali setelah lama ……

Salam sejahtera rakan-rakan.

Lebih kurang 10 bulan saya tak mencoret di blog ini…. terlalu banyak peristiwa yang tidak dicoret… mungkin saya tak sempat nak belek blog ini…. kadangkala lebih suka terus masukkan gambar-gambar dalam photo blog di http://picasaweb.google.com/9W2ALZ/

Saya tak pandai nak menulis panjang-panjang…. ambik gambar lepas tu bubuh caption lebih kurang…. gambar menceritakan beribu perkataan…

Pautan-pautan dan gambar-gambar di blog ini pun banyak yang dah hilang… terutama dari webhost planet.time.net yang menutup server tanpa amaran. (Dah bengkrap kot).

InsyaAllah saya akan update kembali gambar-gambar yang ada di blog ini..

Jumpa lagi.. Salam 73 Cherio

9M2DS s.k. telah selamat disemadikan

29 Ogos 2008,

Allahyarham Pak Dollah 9M2DS s.k. telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kg Batu selepas solat Jumaat. Jenazah telah dimandi dan dikafan di Masjid Jamek Batu 5, Jalan Ipoh. Setelah solat Jumaat para jemaah telah menunaikan Solat Jenazah.

Perjalanan seterusnya…. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Foto-foto lain di sini http://picasaweb.google.com/samdol.pas/MengiringiJenazah9M2DS

Mesyuarat Agung Tahunan MARES

  Pada 16 Mac 2008 yang lalu telah diadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan MARES yang diadakan di perkarangan Rumah Kelab.

Kehadiran para ahli pada persidangan kali ini amat menggalakkan. Pada tahun ini pemilihan Ahli Jawatankuasa telah dibuat bagi sessi 2008/2009.

Kepada AJK yang baru dilantik, diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan para ahli juga berharap tuan-puan yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan ikhlas untuk memajukan lagi Kelab kita.

Continue reading

Flea Market 002/2008

Macam biasa setiap hari Ahad awal bulan, perkarangan Rumah Kelab MARES akan dipenuhi penggemar-penggemar Radio Amatur. Tidak terkecuali pada 3 Februari 2008. Kali ini pengunjung agak ramai kerana ramai peserta-peserta RAE pada akhir tahun lepas yang telah lulus didalam peperiksaan tersebut ramai yang hadir.

Mereka hadir sama ada untuk meninjau-ninjau untuk membeli peralatan Radio Amatur, atau untuk berkenal-kenalan dengan rakan-rakan Radio Amatur yang lain di samping ada juga yang tak sabar untuk mendapatkan tandatangan sokongan dari Pemegang Lesen Kelas A untuk tujuan permohonan Apparatus Assignment.

Dalam pada itu, rekabentuk Baju seragam MARES dan T-Shirt yang baru juga telah diperagakan dan tempahan dibuka dan dikendalikan oleh 9W2ROI.

Foto-foto di sekitar Flea Market 2/2008 ada di SINI 

Continue reading

Seminar Komunikasi Kecemasan UiTM Pulau Pinang, Emergency Rescue Club (ERC – UiTM)

Shah Alam 27 Januari 2008 – Satu Seminar Komunikasi Kecemasan untuk ahli-ahli Emergency Rescue Club (ERC – UiTM) yang terdiri dari para pelajar UiTM Pulau Pinang telah diadakan selama 2 hari pada 26 – 27 Januari yang lalu di Kampus UiTM Puncak Perdana.

Para peserta telah didedahkan dengan Asas Ilmu radio dan peranan Radio Amatur semasa komunikasi sewaktu kecemasan. Beberapa orang Ahli Kelab MARES telah memberikan Taklimat, Ceramah dan Demonstrasi yang diketuai oleh En Bujang (9W2BBA) dan dibantu oleh 9W2WF, 9M2SQL, 9W2PRS dan beberapa orang lagi. Foto ada di  SINI Continue reading